Friday 26 June 2015

Hamil Di Bulan Ramadhan

Bismillah

Aku tak pernah terfikir pun akan mengandung pada bulan Ramadhan..maklumla, aku sedar aku mengandung setelah usia kandungan 2 bulan 1 minggu..Ye, aku tak sedar yang aku mengandung..Alhamdulillah, rezeki dari Allah. insyaAllah aku akn ceritan detik aku mula2 mengandung =)

Ok kita berbalik dengan tajuk di atas..mengandung di bulan Ramadhan. Pergh! bayangkan aku baru di trimester pertama dengan mual, lembik semua..aku gagahkan juga diri utk berpuasa. Buat setakat ni 2 hari aku tak puasa. Tak apalah, ada keringanan utk ibu2 mengandung di bulan mulia ni(ayat sedapkan ati). Bukan saja2 pn tapi terbluekk juga..wuwuwu T_T


Aku belajar dari sehari ke sehari kenal pasti apa yang buat aku mual. Buat setakat ni, utk sahur aku mmg akan ambil susu tambah cereal. Bagi cedap sikit makan..hehehehe. Kurma pn aku makan juga, maklumla banyak zat dalam kurmakan.


Kalau berbuka pula, aku akan pastikan aku ambil kurma dengan air suam. Kadang2 terbabas minum air sejuk(selalu pun =B). sejak mengandung ni aku suka minum air sejuk. Akhirnya aku akan terbungkang kembung perut akibat minum air sejuk.

Lagi satu, yang aku perasan dalam situasi aku yang dh jadi mak buyong ni mmg bahaya betul makan pedas. dahla aku ni jenis suka makan pedas. Kalau tak pedas tak selera makan. Bila aku makan pedas2 sekarang ni memamg adoyai la jawabnye..pedih dada, kerongkong ni..

Jadi bagi ibu2 yang sedang mengandung di bulan Ramadhan ni, banyak2kan la kita bersabar ye..Kenal pasti apa yang boleh kita makan atau tidak. Pastikan minum air masak secukupnya supaya badan tak terhidrasi dan ambil banyak makanan yang memenuhi nutrisi sebab pabila kita berpuasa, bayi akan makan nutrisi yang sedia ada dalam badan kita. Sebagai ibu, kita kena la extra top up nutrisi utk badan kita..

Ohh ye, sekarang ni aku ambil supplement Usana sebab aku tak banyak makan sbb nnt mual2. Jadi dengan makanan tambahan Usana ni, akan memastikan bayi dalam kandungan dapat nutrisi yang mencukupi..=) Jadi, selamat berpuasa semua... =)